Thursday, May 21, 2009

AKU DALAM KERUGIAN..

Ukhti..

Apa yang dah engkau buat hari ni?
Apa yang dah engkau buat hari ni?
Pertanyaan yang aku rasa malu nak jawab..
Apa yang dah aku buat hari ini?

Masa lapang yang Allah kurniakan..
Hari cuti..
Tak ada kuliah..
Tak ada praktikum..
Tak ada skill’s lab..

Apa yang aku dah buat untuk isi waktu terluang?
Keluar shopping?
Main internet?
Tengok movie?
Ya Allah..ampunilah daku..
Betapa aku sering mensia-siakan waku lapang yang dah Engkau berikan kepadaku..

Nikmat waktu lapang yang telah aku salah gunakan..
Waktu yang pergi tak kan pernah kembali lagi..
Tanggal 20 mei 2009 tak kan pernah kembali lagi..
Apa aku nak jawab di hadapan Allah nanti?
Setiap saat waktu yang Allah kurniakan ini, akan ditanya dan dipertanggungjawabkan!
Ya Allah……;(
Dalam kekesalan, aku kembali mentaddaburi ayat Allah..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr : 1-3)

Apakah hari ini aku dah cukup beriman dan beramal saleh?
Itu sahaja tidak cukup untuk aku yang mengidamkan syurga Allah..
Syurga Allah bukan suatu yang murah..
Bukan suatu yang senang untuk didapatkan..
Betapa aku sedar semua itu, TAPI…..
Betapa aku dalam kerugian..



Apakah hari aku dah nasihat menasihati orang-orang di sekelilingku?
Alah, seganlah..
Alah, biarlah dia, kubur lain-lain..
Alah, aku tak cukup perfect lagi, buat apa nak tegur orang..
Betapa banyaknya alasan aku..
Sampai bila aku nak tunggu sampai diri aku perfect?
Memang aku tak kan pernah perfect..
Cuma aku ada 2 pilihan, nak buat ke tak..tu je sebenarnya..
Betapa aku sedar semua itu, TAPI…..
Betapa aku dalam kerugian..

No comments:

Post a Comment