Thursday, July 9, 2009

JAGALAH HATI..JANGAN KAU KOTORI..

Hmm.. ape yang kita nak dalam hidup ni ye? Ape yang kita harapkan sepanjang hidup kita? Hmm.. tepuk dada tanya iman..;)
Setiap orang mempunyai impian dan keinginan hidup yang berbeza-beza. Tak siapa tahu isi hati kita kalau kita tidak memberitahu kecuali hanya Allah yang maha tahu segala isi hati hamba-hamba ciptaan-Nya. Hanya Dia yang berkuasa membolak balikkan hati kita. Siapa tahu, Sir John yang hari ini kafir, ternyata besok dia dah bertukar nama menjadi Pak Cik Johan. Subhanallah, dia dah memeluk Islam! Hanya kerana gerakan dan suara hati yang mengajak dan mendorong dia untuk mengucap dua kalimah syahadah. Waahh, sungguh besar peranan hati ye. Dari seorang kafir, boleh mengubah pemiliknya menjadi Muslim (dengan izin Allah). Itulah tanda Allah sayangkan kita. Jika Allah sayangkan kita, Dia akan memberikan kita kefahaman tentang agama-Nya.

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescayai ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Al-An'am : 125)

Tak bererti kalau kita mendapat kekayaan yang banyak, mendapat segala yang diinginkan, itu bererti Allah sayangkan kita.. Tidak, tidak sama sekali. Semua yang diberikan Allah, baik kesenangan atau kesusahan, itu semua adalah untuk menguji kita, sebagai ujian untuk menguji tahap keimanan kita.

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati." (Hadith ke-6, Hadith 40 An Nawawi)

Namun, orang yang busuk hatinya, tanpa rasa bersalah, akan senang sekali melakukan hal yang dimurkai Allah. Mungkin pertama kali m
elakukan sebarang penyimpangan, hati akan memberontak dan akan rasa tak tenang melakukan hal yang demikian. Lumrah ciptaan manusia, dari awal diciptakan dengan segala kebaikan. Sekiranya penyimpangan berlaku, akan memberontaklah ia. Namun, sekiranya perkara tersebut berterusan dilakukan tanpa menghiraukan rasa ‘tak sedap hati’ itu, hati akan mulai keras dan resisten terhadap perkara jahat tersebut, nauzubillah. Hati yang keras sangat susah untuk dilembutkan kembali kecuali dengan izin Allah. Sangat susah untuk menerima segala kebaikan dan teguran dari masyarakat sekeliling.

179. Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf : 179)

Jomla kita sama-sama muhasabah tahap kebersihan hati kita. Bukan sekadar memuhasabah diri, tapi muhasabah hati juga sangat penting kerana gerakan hati merupakan awal dari segala perlakuan dan keperibadian diri kita. Pakaian yang kotor boleh dicuci dengan sabun dan sekiranya tak hilang jugak, boleh disental dengan Clorox. Tapi tidak semudah itu untuk membersihkan hati yang kotor, melainkan dengan kembali kepada pencipta hati yang Maha Agung, Allah swt. Hanya Dia yang tahu cara yang sebenarnya untuk membersihakn hati-hati kita. Jadi, sama-samalah kita mendekatkan hati dan diri kita kepada-Nya. Memohon kepada-Nya supaya sentiasa menjaga dan membersihkan hati-hati kita. Hidupkanlah hati-hati kita dengan membaca al-Quran. Malah, bukan sekadar membaca, tapi memahami dan menghayati segala isi kandungan al-Quran. Supaya kita tidak tergolong dalam manusia yang dianggap seperti haiwan-haiwan ternak! Nauzubillah..