Thursday, July 9, 2009

JAGALAH HATI..JANGAN KAU KOTORI..

Hmm.. ape yang kita nak dalam hidup ni ye? Ape yang kita harapkan sepanjang hidup kita? Hmm.. tepuk dada tanya iman..;)
Setiap orang mempunyai impian dan keinginan hidup yang berbeza-beza. Tak siapa tahu isi hati kita kalau kita tidak memberitahu kecuali hanya Allah yang maha tahu segala isi hati hamba-hamba ciptaan-Nya. Hanya Dia yang berkuasa membolak balikkan hati kita. Siapa tahu, Sir John yang hari ini kafir, ternyata besok dia dah bertukar nama menjadi Pak Cik Johan. Subhanallah, dia dah memeluk Islam! Hanya kerana gerakan dan suara hati yang mengajak dan mendorong dia untuk mengucap dua kalimah syahadah. Waahh, sungguh besar peranan hati ye. Dari seorang kafir, boleh mengubah pemiliknya menjadi Muslim (dengan izin Allah). Itulah tanda Allah sayangkan kita. Jika Allah sayangkan kita, Dia akan memberikan kita kefahaman tentang agama-Nya.

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescayai ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Al-An'am : 125)

Tak bererti kalau kita mendapat kekayaan yang banyak, mendapat segala yang diinginkan, itu bererti Allah sayangkan kita.. Tidak, tidak sama sekali. Semua yang diberikan Allah, baik kesenangan atau kesusahan, itu semua adalah untuk menguji kita, sebagai ujian untuk menguji tahap keimanan kita.

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati." (Hadith ke-6, Hadith 40 An Nawawi)

Namun, orang yang busuk hatinya, tanpa rasa bersalah, akan senang sekali melakukan hal yang dimurkai Allah. Mungkin pertama kali m
elakukan sebarang penyimpangan, hati akan memberontak dan akan rasa tak tenang melakukan hal yang demikian. Lumrah ciptaan manusia, dari awal diciptakan dengan segala kebaikan. Sekiranya penyimpangan berlaku, akan memberontaklah ia. Namun, sekiranya perkara tersebut berterusan dilakukan tanpa menghiraukan rasa ‘tak sedap hati’ itu, hati akan mulai keras dan resisten terhadap perkara jahat tersebut, nauzubillah. Hati yang keras sangat susah untuk dilembutkan kembali kecuali dengan izin Allah. Sangat susah untuk menerima segala kebaikan dan teguran dari masyarakat sekeliling.

179. Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf : 179)

Jomla kita sama-sama muhasabah tahap kebersihan hati kita. Bukan sekadar memuhasabah diri, tapi muhasabah hati juga sangat penting kerana gerakan hati merupakan awal dari segala perlakuan dan keperibadian diri kita. Pakaian yang kotor boleh dicuci dengan sabun dan sekiranya tak hilang jugak, boleh disental dengan Clorox. Tapi tidak semudah itu untuk membersihkan hati yang kotor, melainkan dengan kembali kepada pencipta hati yang Maha Agung, Allah swt. Hanya Dia yang tahu cara yang sebenarnya untuk membersihakn hati-hati kita. Jadi, sama-samalah kita mendekatkan hati dan diri kita kepada-Nya. Memohon kepada-Nya supaya sentiasa menjaga dan membersihkan hati-hati kita. Hidupkanlah hati-hati kita dengan membaca al-Quran. Malah, bukan sekadar membaca, tapi memahami dan menghayati segala isi kandungan al-Quran. Supaya kita tidak tergolong dalam manusia yang dianggap seperti haiwan-haiwan ternak! Nauzubillah..

Friday, May 22, 2009

Larangan AL-QURAN cegah SWINE FLU~


Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah : 172-173)


Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 173, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana Tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,


"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lebih 25 jenis penyakit," katanya.
Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya
Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.
"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.


Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya.

***petikan dari www.harakahdaily.net***

Thursday, May 21, 2009

JAULAH SUMATERA BARAT..

Alhamdulillah..

Jazakillah diucapkan kepada adik-adik dan akhwat padang yang dah ikut serta dalam daurah + jaulah minggu lepas. Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt yang telah memberi kita kelapangan waktu dan kekuatan untuk menjayakan daurah 3 hari tersebut.


Jazakillahhu khairan katheera diucapkan kepada 3 orang akhwat dari Malaysia yang sanggup turun Padang untuk membantu kami. Hanya Allah yang boleh membalas segala jasa dan pengorbanan kalian.


Hari pertama daurah dimulai dengan sesi taaruf. Ramai sisters yang tak boleh join sebab hari jumaat masih sibuk dengan kelas. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang join, program kita berjalan dengan lancar.. Jazakillah untuk sis Aqilah dan housemates yang telah menyediakan tempat dan santapan yang enak lagi menyelerakan ;) Terima kasih daun keladi ye..;)


Alhamduillah, kita sempat mentadabburi ayat surah an-Nur : 34 - 42..

Sungguh beruntungnya orang yang mendapat cahaya (petunjuk) daripada Allah swt. Yang cahaya-Nya diumpamakan seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang didalam lubang itu ada pelita besar didalam tabung kaca yang dinyalakan dengan minyak zaitun (yang minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api). Dan merugilah orang yang tidak diberi cahaya (petunjuk) dari Allah. Keadaan mereka seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi gelombang demi gelombang, di atasnya ada lagi awan gelap. Betapa kegelapan menyelimuti mereka, nauzubillah. Begitulah Allah mengumpamakan orang yang mendapat cahaya (petunjuk) dengan orang yang tidak mendapat cahaya (petunjuk).


Haa, hari yang ditunggu-tunggu..hari sabtu..jaulah~

Sesuai dengan sabda Rasulullah.. 3 cara untuk mengenali sahabat, ialah dengan :

1) makan bersama

2) bermalam bersama

3) berjaulah bersama



Jaulah kita kali ini ialah ke Air Terjun Malibou Anai, Bukit Tinggi dan Danau Singakarak. Marilah kita sama-sama mentadabburi surah ar-Rahman (ayat 1-29) yang kaya dengan ayat yang berkaitan penciptaan alam ini.



Alhamdulillah, banyak aktiviti yang dah dijalankan sepanjang perjalanan kami ke tempat-tempat tersebut. bermula dengan menghayati surah al-Ankabut. kami diminta untuk bisa melewati tali-tali yang diikat di sebatang pokok yang diandaikan sebagai sarang labah-labah.

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. dan Sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka Mengetahui". (al-Ankabut : 41)

Seterusnya permainan yang menduga tahap mana kita dapat mengenal kawan dengan hanya menghidu bau mereka. Amat mencabar jugak la. Dengan bau-bau badan yang 'best'(sebab baru lepas mandi air terjun) dan dah berpeluh kembali bila kena berlari-lari anak mencari adik dan kakak naqibah. Alhamdulillah hampir semua dapat meneka dengan betul. Syabas sis! Dan permainan terakhir, kena tutup mata jugak, main keretapi buta. Moralnya kita kena ikut segala arahan dari ketua selagi mana tidak bercanggah dengan Islam dan menjadi kewajiban kita untuk menegur sekiranya ketua tersilap.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. sisters diberi kesempatan untuk membeli belah dan bergambar (bagi yang xde keje nk buat) sambil melihat keindahan pekan Bukit Tinggi yang di kelilingi Gunung Merapi dan Gunung Singgalang ciptaan Allah.


Seterusnya, menuju ke destinasi terakhir iaitu ke Danau Singkarak. Subhanallah, cantik sangat danau/tasik ni. Begitu luas, berada di antara gunung dan bukit-bukit disekeliling yang diliputi awan. Singgah kejap je sebab dah lewat, dah dekat Maghrib. Tak sempat tunggu matahari terbenam. Lebih kurang jam 6 ptg, kami bertolak balik. Alhamdulillah sampai di Padang pukul 9 lebih.. Sayang sis sume..Semoga diberkati Allah dan mencapai matlamat daurah+jaulah kita kali ini. Semoga ukhwah Islamiah yang terjalin ini akan lebih kukuh dan erat dan semoga berkekalan dunia wa akhirat, amiin.. Ukhwahfillah abadan abada!

AKU DALAM KERUGIAN..

Ukhti..

Apa yang dah engkau buat hari ni?
Apa yang dah engkau buat hari ni?
Pertanyaan yang aku rasa malu nak jawab..
Apa yang dah aku buat hari ini?

Masa lapang yang Allah kurniakan..
Hari cuti..
Tak ada kuliah..
Tak ada praktikum..
Tak ada skill’s lab..

Apa yang aku dah buat untuk isi waktu terluang?
Keluar shopping?
Main internet?
Tengok movie?
Ya Allah..ampunilah daku..
Betapa aku sering mensia-siakan waku lapang yang dah Engkau berikan kepadaku..

Nikmat waktu lapang yang telah aku salah gunakan..
Waktu yang pergi tak kan pernah kembali lagi..
Tanggal 20 mei 2009 tak kan pernah kembali lagi..
Apa aku nak jawab di hadapan Allah nanti?
Setiap saat waktu yang Allah kurniakan ini, akan ditanya dan dipertanggungjawabkan!
Ya Allah……;(
Dalam kekesalan, aku kembali mentaddaburi ayat Allah..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr : 1-3)

Apakah hari ini aku dah cukup beriman dan beramal saleh?
Itu sahaja tidak cukup untuk aku yang mengidamkan syurga Allah..
Syurga Allah bukan suatu yang murah..
Bukan suatu yang senang untuk didapatkan..
Betapa aku sedar semua itu, TAPI…..
Betapa aku dalam kerugian..



Apakah hari aku dah nasihat menasihati orang-orang di sekelilingku?
Alah, seganlah..
Alah, biarlah dia, kubur lain-lain..
Alah, aku tak cukup perfect lagi, buat apa nak tegur orang..
Betapa banyaknya alasan aku..
Sampai bila aku nak tunggu sampai diri aku perfect?
Memang aku tak kan pernah perfect..
Cuma aku ada 2 pilihan, nak buat ke tak..tu je sebenarnya..
Betapa aku sedar semua itu, TAPI…..
Betapa aku dalam kerugian..

Wednesday, May 13, 2009

ber'ISTIGHFAR lah...

Sahabatku...

Dipetik dari satu artikel ilmiah..Semoga bermanfaat..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut:

"Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: �

Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya:

"Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata:

"Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Wednesday, May 6, 2009

JOM BACA AL-QURAN =)

Sahabat..



Kenapa kita baca al-Quran ye? Adakah sekadar untuk mendapatkan pahala? Sekadar untuk menyembuhkan penyakit? Sekadar untuk menghalau hantu? Al-Quran diturunkan bukan hanya untuk sekadar itu, malah lebih dan lebih daripada itu. Al-Quran merupakan panduan hidup, pelengkap dan petunjuk kehidupan di dunia dan di akhirat (ayat skema SPM).

Dan sesungguhnya Al qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” [an-Naml : 77]

Sudah berapa kali kita khatam al-Quran? Persoalan ini tidak berapa penting dibandingkan dengan pertanyaan, sudah berapa kalikah kita gementar hati kita apabila dibacakan ayat-ayat Allah? Sekiranya kita pernah melalui detik-detik itu, maka beruntunglah kita. Itu menandakan kita memahami ayat-ayat Allah. Apa gunanya kita berlumba-lumba untuk mengkhatamkan al-Quran, tapi kita tidak berusaha untuk memahaminya? Walaupun dah berbelas-belas kali khatam, tapi kita masih melakukan perkara yang dilarang Allah. Peringatan serta larangan Allah, sedikit sekali berbekas di hati kita!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman[1] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[2] gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." [al-Anfal:2]


Ingatkah kita, bila kali terakhir kita belajar al-Quran? Masa sekolah rendah ye? Bersyukurlah kita kerana dikurniakan ibu bapa yang prihatin tentang pembelajaran al-Quran. Namun, adakah cukup selama beberapa tahun saja diperuntukkan waktu untuk membaca kitab panduan seumur hidup kita di dunia dan akhirat? Sedangkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dunia, dari peringkat sijil, diploma, ijazah, master, phD. Tapi, pendidikan al-Quran kita cuma setaraf dengan kelulusan UPSR. Jangankan nak master, phD dalam mengaji al-Quran, sijil pun tak lepas. Betapa malangnya kita. Langsung tak seimbang! Bukankah Allah dah berfirman ;

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan." [al-Qasas : 77]

Analoginya, kalau kita membeli peralatan elektrik (contohnya tv), kita akan dibekalkan dengan buku panduan, supaya kita tahu cara menggunakan tv tersebut. Sekiranya sebelum ini kita tidak pernah mempunyai tv, kita pasti merujuk buku tersebut. Kalau kita tidak menggunakan buku panduan, kita akan tekan sembarangan dan tidak menggunakn tv dengan sepatutnya, tv akan cepat rosak. Seterusnya, barang yang rosak, tempatnya di tempat pembuangan sampah. Begitulah manusia. Buku panduan kita adalah al-Quran. Kalau kita tidak menggunakan dan menghayati serta mengamalkan apa yang diajar oleh Allah dalam al-Quran, kita akan ‘rosak’ dan akhirnya kita akan dihantar ke tempat pembuangan (neraka), nauzubillah..

Prihatinlah kita, bahawa zaman moden ini, semakin ramai yang tidak menghiraukan al-Quran. Sehingga Rasulullah juga prihatin dan diabadikan di dalam al-Quran :

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [al-Furqan : 30]


Supaya lebih berbekas dan terkesan di hati semasa mengaji al-Quran, di sini nak kongsi ;

Cara-Cara Berinteraksi dengan Al-Quran

1) Merasakan al-Quran diturunkan untuk kita
- sebagaimana kita akan feeling membaca surat dari kekasih yang ditujukan untuk kita, begitu juga al-Quran. Rasakan setiap perintah dan ayat-ayat al-Quran ditujukan kepada kita, dari kekasih segala kekasih, yang Maha Agung, yang Maha Besar. Ketahuilah, sesungguhnya Allah cemburu kalau kita melebihkan cinta kita sesama manusia lebih daripada mencintai-Nya.

2) Membaca al-quran dengan hati
- kenapa kita boleh feeling membaca buku-buku novel cinta? Sebab hati kita menyertai dan kita berusaha untuk memahami dan berada dalam kondisi cerita tersebut. Al-Quran bukan sekadar dibaca di mulut dan akal, seperti membaca buku chemistry, biology dll, tapi lebih dari sekadar membaca sebuah novel cinta.

As-Syahid Sayyid Quttub menceritakan dalam muqaddimah Fil-Zilalnya, "Hidup dalam naungan Al-Quran adalah ni’mat. Ni’mat yang hanya diketahui oleh siapa yang telah merasakannya. Ni’mat yang akan mengangkat umur, memberkahi dan menyucikannya."

3) Mengetahui sejarah serta sebab-sebab turunnya ayat (asbabunnuzul)
- setiap ayat yang turun, ada sebab dan peristiwa yang menyebabkan Allah menurunkannya kepada Rasulullah. Cubalah kaji dan fahami setiap kisah yang menyebabkan turunnya ayat-ayat tersebut, supaya lebih berbekas di hati dan kehidupan kita.

4) Tahu dan faham Bahasa Arab
- ramai antara kita yang beranggapan bahawa b.Arab merupakan bahasa asing. Kenapa kita menganggap BA bahasa asing? Analoginya, kalau kita membeli televisyen, buku panduan yang akan diberikan kepada kita, mestilah dalam bahasa yang kita faham. Begitulah al-Quran, bagaimanapun, kita kena belajar dan mendalami BA kerana ia bahasa al-Quran, bahasa buku panduan hidup kita. Bagaimana kita nak faham al-Quran yang mempunyai perbendaharaan kata dan tatabahasa yang kaya dan indah, kalau tak tahu BA? Sedangkan di syurga nanti, kita akan berikterakasi juga dalam BA. Marilah sama-sama kita belajar BA =)

5) Jadilah seorang Daie
- al-Quran diturunkan untuk membentuk kita menjadi seorang anak, isteri, menantu, ibu dll. Kita perlu membaca, memahami, mengaplikasikan dalam hidup dan menyampaikannya kepda orang lain. Itulah tugas seorang daie, bermula dari menjadi seorang anak, isteri, ibu, dll, tugas ini tak kan pernah hilang dan sentiasa menjadi tanggungjawab kita, memakmurkan alam, amar makruf nahi munkar.

Hidup dalam naungan Al-Quran berarti berinteraksi dengannya baik secara tilawah (membaca), tadabbur (memahami), hifzh (menghafalkan), tanfiidzh (mengamalkan), ta’liim (mengajarkan) dan tahkiim (menjadikannya sebagai pedoman dan rujukan hukum).

Rasulullah saw bersabda, "Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan yang mengajarkannya"
_______________________________________________________________________

[1] maksudnya: orang yang sempurna imannya.
[2] dimaksud dengan disebut nama Allah ialah: menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakannya.

Sudah Cukup Berakhlak kah Diri Kita??

Rakan-rakan..


“Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga hati kamu menjadi puas.” [Ad-Dhuha : 5]


Kupuaskan jiwa ini dengan angan-angan..

Alangkah sempitnya hidup sekiranya tidak ada cita-cita yang membentang..


Manusia adalah cermin bagi manusia lainnya. Jika seseorang berbudi baik, maka orang lain akan berbuat serupa dengannya. Jiwanya akan tenang dan hatinya akan tenteram. Dia akan merasakan hidup dalam komuniti masyarakat yang bersahabat.


Apabila ada seseorang yang berakhlak buruk dan takbur, maka orang lain juga akan berbuat serupa kepadanya. Barang siapa tidak menghormati orang lain, nescaya orang lain pun tidak akan menghormatinya.

Seorang yang berbudi mulia lebih dekat kepada ketenangan, jauh dari kegelisahan yang menyengsarakan. Terlebih lagi, akhlak yang mulia itu merupaakn ibadah kepada Allah dan satu di antara perkara yang digalakkan dalam Islam. Allah berfirman :


“Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh (yang degil dengan kejahilannya).” [Al-A’raf : 199]


Firman Allah swt mensifati keperibadian Rasulullah saw :


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[1]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” [Ali-Imran : 159]


Rasulullah saw bersabda :


“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya, yang sentiasa berganding ketika berjalan (menjaga persaudaraan), ia menyayangi maka ia disenangi. Sedangkan orang yang paling aku benci di antara kalian adalah orang yang suka mengadu domba, memisahkan antara orang yang saling mengasihi dan mencari-cari kesalahan orang lain.”


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

***petikan dari Tips Menjadi Wanita Bahagia di Dunia***



Marilah kita sama-sama muhasabah diri, adakah diri kita sudah ditanamkan dengan akhlak-akhlak mulia? Adakah kehadiran diri kita sudah cukup menyenangkan hati kawan-kawan, jiran-jiran serta masyarakat sekeliling? Tidak akan pernah rugi orang yang berakhlak mulia kerana ia akan dikasihi Allah dan Rasulullah,insyaAllah. Tabungan akhirat juga akan bertambah. Selagi masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia Allah ini, sentiasalah menabung untuk bekalan akhirat yang kekal abadi. Tapi ingat, betulkan niat! Jangan sampai akhlak mulia yang ditanamkan di dalam diri, menimbulkan rasa riak dan ingin dilihat orang, nauzubillah.


Matapelajaran 'akhlak', bukan sekadar untuk dipelajari untuk lulus ujian, tapi untuk diaplikasikan di sepanjang kehidupan kita. Jika kita ingin orang lain berakhlak baik dengan kita, kita terlebih dahulu perlu berakhlak baik dengan orang lain, dengan niat lillahitaala.


Wassalam..

Tuesday, May 5, 2009

REMAJA PUTERI MASA KINI..

rakan-rakan sekalian..

Rasulullah bersabda ;


"Tidaklah akan bergeser kaki seseorang pada Hari Kiamat sehingga dipertanyakan kepadanya empat perkara,”


dan di antara keempat hal tersebut adalah :


"Tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan"[1]


Masa remaja merupakan masa kekuatan di antara dua kelemahan : kelemahan masa kanak-kanak dan kelemahan masa tua. Masa remaja merupakan masa dinamis dan produktif. Pembicaraan tentang masa remaja ini meliputi muda mudi ; lelaki dan perempuan.


Islam sangat memperhatikan kaum perempuan. Islam memuliakan perempuan sebagai anak, isteri dan ibu. Islam juga memberikan taklif dan tanggungjawab kepada perempuan sebagaimana diberikan kepada kaum lelaki.


Allah berfirman :

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain[2].” (Ali Imran : 195)


Pengarahan hidup yang Islami sangatlah penting. Seorang perempuan harus tumbuh dengan baik semenjak kecil, harus mendapatkan pendidikan Islam yang baik, harus dibiasakan dengan hal-hal yang baik, harus tumbuh dalam ketaatan kepada Allah, harus tertanam dalam sanubarinya kecintaan pada kebaikan dan kebencian pada keburukan, harus diajari mendirikan solat sejak usia 7tahun dan dipukul bila meinggalkannya pada usia 10tahun, harus dikenalkan kepadanya yang halal dan haram, yang salah dan yang benar, juga hak dan batil.


Baik ayah maupun ibu harus meluangkan masa buat si puteri supaya mereka boleh membesar dengan baik. Dan hal ini juga merupakan kewajiban setiap anggota keluarga. Sedangkan kewajiban sekolah, universiti serta institusi pengajian yang lain adalah memberikan pelajaran tentang kewajiban kaum perempuan terhadap Tuhan, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umat Islam. Namun, ada sebahagian yang menjalankan kewajiban, tetapi ada juga yang sebaliknya.


Lihat, apa yang terjadi di dunia sekarang ini? Apa yang disajikan oleh media? Apa yang disajikan oleh surat khabar? Majalah? Mempamerkan tubuh-tubuh wanita untuk memancing daya tarik umat manusia. Bidang pengiklanan banyak mengeksploitasi kaum wanita. apa yang ditayangkan di teater, radio maupun televisyen adalah produk orang-orang yang tidak mengendahkan agama, akhlak dan nilai murni. Bukankah ini ini semua merupakan serangan terbuka yang diarahkan kepada kita (khususnya umat Islam) dari segala penjuru? Bidang media banyak diisi oleh tangan-tangan non-Muslim, maupun orang-orang yang kepalanya tidak terisi pemahaman agama, hatinya tidak dihiasi akhlak dan nilai murni, serta kehidupan tidak bertatahkan tingkah laku yang baik. Kerusakn ini disebar luaskan sehingga remaja puteri kita menjadi korban.


Apa sebenarnya kesibukan remaja puteri kita sekarang?


Apakah aktiviti mereka seperti aktiviti Asma’ bt Abu Bakar ra yang rela mempertaruhkan dirinya dalam bahaya semata-mata untuk menjalankan misinya menegakkan agama Allah?


Apakah aktiviti remaja puteri kita saat ini seperti aktiviti perempuan salafus soleh yang sibuk menghafal Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, meriwayatkan hadis, dan mengikuti majlis-majlis ta’lim?


Apa sebenarnya kesibukan remaja puteri kita sekarang?


Saat ini, remaja puteri kita disibukkan dengan membaca majalah artis-artis yang terkenal dan popular, dari pasaran internasional maupun yang local. Gosip-gosip panas dari dalam dan luar negara. Adakah pembinaan Islami di dalam majalah-majalah yang tidak berisikan nilai dan makna itu?


Mereka sibuk menonton cerita dan filem yang ditayangkan di televisyen dan di pawagam. Apa sebenarnya yang terkandung dalam cerita dan filem? Hanya sebahagian kecil sisi kehidupan. Tetapi ia dipertontonkan seolah-olah mewakili reality semua masyarakat yang ada. Remaja puteri yang malang, akan bergantung pada semua ini. Ia akan menganggap persangkaan itu suatu kebenaran. Padahal, sama sekali tidak demikian.


Mereka disibukkan oleh model-model kontemporari masa kini. Model pakaian berubah dari semasa ke semasa.


Mereka disibukkan dengan artis-artis terkenal, mendengar lagu sepanjang hari, menghafal lagu-lagu yang tidak sepatutnya. Apa yang dikatakan tentang lagu, lagu tergolong dalam aspek permainan. Dan permainan seharusnya memiliki waktu tersendiri. Bersantai ada waktunya dan kita tidak boleh berlebihan dalam bersantai. Kalau tidak, dimanakah peruntukan waktu untuk memenuhi hak Allah? Hak kehidupan? Hak diri, keluarga dan masyarakat?


Wanita beragama Islam sepatutnya tidak menjadikan wanita barat sebagai tolak ukur dan idola. Jadikanlah ummahatul mukminin (ibu-ibu orang beriman) sebagai pedoman, contohnya ; Siti Aisyah, Ummu Salamah, Zainab bt jahsy. Atau puteri-puteri Nabi Muhammad ; Fatimah Az-Zahra dan saudara-saudaranya. Isteri sahabat ; Asma’, Ummu Sulaim, Ummu Ammarah, Nusaibah bt Ka’b.


Sebagai masyarakat Islam, apakah kita akan beralih pada masyarakat yang menyimpang dan tidak berpedoman pada petunjuk Allah swt?padahal kita memegang Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Kita mempunyai warisan yang abadi. Kita punya sirah orang-orang soleh. Dengan memiliki semua ini, mengapa kita masih melirik kea rah pemikiran dan tradisi lain?


Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. (Thaha : 132)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


[1] HR. Al-Baihaqi dan selainnya dari hadis Mu’adz bin Jabal ra. Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh At-tirmidzi dari Abu Barzah Al-Aslami ra, yang menurutnya tergolong hasan sahih dengan sedikit perbezaan lafaz (Al-Muntaqa min Kitab At-Targhib wa At-tarhib : 1/131 no.85.

[2] maksudnya sebagaimana laki-laki berasal dari laki-laki dan perempuan, Maka demikian pula halnya perempuan berasal dari laki-laki dan perempuan. kedua-duanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya.


*** petikan dari ceramah Syaikh Al Qardhawi ***

Sunday, May 3, 2009

SEKAPUR SIREH.... ~SYUKUR~

Rakan seIman dan seAqidah sekalian..


Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt, zat yang Maha Berkuasa, mentadbir seluruh alam, mengatur perjalanan hidup mati makhluk-Nya. Atas kurniaan nikmat yang tidak pernah terhenti. Sepanjang kita diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini, tidak terhitung sekian banyaknya nikmat Allah yang telah kita dapat tanpa kita sedar atau tidak.


“ Dan Dialah yang menjadikanmu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (derajat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (al-An’am : 165)


Tapi diri ini selalu terlupa untuk sentiasa mengucapkan rasa syukur walaupun setiap saat menggunakan nikmat Allah. Betapa tak malunya diri ini. Ibaratnya, kalau orang bagi benda, kita ambik, tapi kalau orang tu mintak tolong buat something, kita tak mahu. Begitu lah ibarat kita dengan pencipta kita, Allah swt. Segala yang Allah kurniakan, kita guna, kita pakai, tapi betapa susahnya kita untuk taat dan patuh kepada perintah Dia. Bukan banyak mana pun yang Allah suruh kita lakukan, berbanding dengan nikmat kurniaan Dia yang tak terhitung banyaknya yang dah kita guna dan sedang menggunakannya. Sedar tak kita yang setiap apa yang Allah kurniakan, bukan percuma. Semua itu akan diminta pertanggungjawaban kepada kita nantinya!


Selawat berkirim salam kita hadiahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad saw, khudwah hasanah, penutup segala nabi. Tanpa usaha dan jerih payah baginda memperjuangkan Islam yang begitu asing suatu ketika dahulu, menjadi antara agama yang paling ramai penganutnya di dunia sekarang. Tanpa baginda, mungkin kita tidak akan dapat mengecapi nikmat iman dan Islam ketika ini. Mungkin sahaja kita tidak kenal apa itu Islam, nauzubillah. Juga tidak lupa kepada keluarga baginda serta para sahabatnya. Semoga Allah meredhai mereka dan orang-orang yang mencintai mereka.


*************

Ketika Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan puncak kenikmatan dunia, beliau berkata, “Ini adalah bagian dari karunia Allah, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur.” (An-Naml: 40).

Ketika Qarun mendapatkan harta yang sangat banyak, dia mengatakan, Sesungguhnya harta kekayaan ini, tidak lain kecuali dari hasil kehebatan ilmuku.” (Al-Qashash: 78).

Dua kisah yang bertolak belakang di atas menghasilkan akhir kesudahan yang berbeda. Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan karunia di dunia dan akhirat. Sedangkan Qarun mendapat adzab di dunia dan akhirat karena kekufurannya akan nikmat Allah.

Demikianlah, fragmen hidup manusia tidak terlepas dari dua golongan tersebut. Golongan pertama, manusia yang mendapatkan nikmat Allah dan mereka mensyukurinya dengan sepenuh hati.

Dan golongan kedua, manusia yang mendapatkan banyak nikmat lalu mereka kufur. Golongan pertama yaitu para nabi, shidiqqin, zullada, dan shalihin (An-Nisa’: 69-70). Golongan kedua, mereka inilah para penentang kebenaran, seperti Namrud, Fir’aun, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal, dan para pengikut mereka dari masa ke masa.

Secara umum bahwa kesejahteraan, kedamaian dan keberkahan merupakan hasil dari syukur kepada Allah sedangkan kesempitan, kegersangan dan kemiskinan akibat dari kufur kepada Allah. (An-Nahl 112)

***** petikan dari www.dakwatuna.com*****


“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (ali-Imran : 104)


Bertitik tolak dari firman Allah tersebut, menggerakkan hati ini untuk menulis. Sebagai salah satu wasilah (cara/jalan) untuk mengajak kita semua melakukan yang ma’ruf dan mencegah segala kemungkaran, insyaAllah. Semoga blog ini bermanfaat untuk teman-teman sekalian, lebih-lebih lagi kepada si penulis yang serba kekurangan.


Seperti sabda Rasulullah saw ;

“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”


Sekadar perkongsian ilmu dari seorang teman kepada temannya yang lain. Walaupun sedar akan kekurangan diri kerana manusia tak kan pernah sempurna. Sampai bila kita nak tunggu sampai diri sempurna, memang masa itu tidak kan tiba kalau kita tidak mula dari sekarang. Semoga percubaan pertama ini dapat memberi kesan untuk anda dan diri saya. Segala komen serta nasihat yang membina amatlah dialu-alukan untuk kemaslahatan kita semua.


“ Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; sedangkan yang memberikan manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (ar-Ra’d : 17)